Allahurabbi

Wednesday, September 12, 2012
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar
Semoga sahabat-sahabat berada dalam keredhaan Allah..

Perginya sebuah kehidupan,,,,
kehidupan ini ibarat sebuah bintang yang mana malam itu kubur baginya, munculnya sebuah bintang ibarat maka lahirlah sebuah kehidupan, tempoh masanya ibarat munculnya Sang Rembulan dan berakhirnya pabila terbitnya Sang Mentari pagi, begitu la permulaan dan pengakhiran sebuah kehidupan..

Jika kita lihat sekarang ramai manusia hanya mengumpul wang dan harta adalah semata-mata untuk membina sebuah kehidupan yang belum pasti, jika kita tanya sahabat-sahabiah kita dikalangan orang-orang dewasa 'nape kau nak kumpul duit' kebanyakan mereka selalu akan menjawab 'aku kumpul duit untuk kahwin la' pernah ke kita terfikir untuk mencari duit bagi urusan kematian kita sendiri yang kita sendiri tidak tahu bila ajal akan datang menjemput kita, adapun kita tahu yang mati itu pasti tidak kira dalam keadaan apa pun kita, adakah kita betul-betul telah bersedia untuk dipanggil oleh Izrail untuk berjumpa dengan Allah, pernahkah kita terfikir dimanakah selayaknya kedudukan kita di sisi Allah, adakah kita akan ditempatkan di syurga iaitu seindah-indah tempat yang dijanjikan oleh Sang Pencipta untuk hamba-hambanya yang mu'min ataupun di neraka sejijik-jijik tempat..wahai diri, berubahlah selagimana engkau diberi peluang dan masa oleh Allah untuk berubah, sesungguhnya kita tahu Allah itu Maha Pengampun tapi kita sering lupa Allah itu juga Maha Pengazab..

3 comments:

  1. tazkirah keinsafan dr adikku ini..sllu update blog ye..along nk slalu view..post cite2 mnarik skit..tke cre..:)

  1. This comment has been removed by the author.

Post a Comment